Jumaat, 10 Jun 2011

Ke Arah Masyarakat "Celik Wang"

Pada masa globalisasi kini,kita sebagai seorang rakyat Malaysia hendaklah mangambil kira taraf ekonomi masyarakat di negara ini.

  • Mengapakah kita hendak mementingkan sosioekonomi ?
  • Adakah ia amat penting ?

Pada pendapat saya dan kerajaan Malaysia, sosioekonomi iaitu taraf ekonomi  masyarakat di negara yang tercinta ini adalah sesuatu yang amat penting untuk mencapai wawasan 2020 yang sedang dimimpi-mimpikan oleh pemimpin pemimpin negara kita.

Mengapakah kita hendak mencapai wawasan 2020 ?

Soalan ini boleh ditanya tanyakan oleh sebahagian masyarakat di negara ini apakata sesetengah rakyat Malaysia. Jawapannya adalah, bayangkan negara kita menguasai ekonomi sedunia seperti Amerika Syarikat dan juga dipandang tinggi oleh negara-negara dari setiap benua di dunia ini. Jikalau kita menguasai ekonomi sedunia, apa kata bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia menjadi bahasa komunikasi antarabangsa.Oleh itu kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang penuh bertanggungjawab hendaklah meningkatkan taraf sosioekonomi bagi meningkatkan ekonomi negara dan juga mencapai wawasan 2020.
Apa itu wawasan 2020 ?

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
  1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
  5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

Menangani Ketidakseimbangan sosioekonomi....

Hasil kajian separuh penggal rancangan Malaysia ke-9, 2006 - 2010

Saya tidak mengepos file ini kerana file tersebut telah dikawal ketat (SECURED FILE)

Untuk Baca selanjutnya KLIK DISINI

Pengaruh Faktor-faktor Sosio-ekonomi

PENGENALAN
Pengguna ialah orang yang menggunakan
barangan dan perkhidmatan di pasaran untuk
keperluan diri dan keluarganya. Oleh itu, setiap
orang adalah pengguna. Menurut Sarbin (1954)
peranan seorang pengguna ialah merancang apa
yang hendak dibeli, mencari barang untuk
dibeli, membeli and seterusnya menggunakan
barang-barang tersebut. lni menunjukkan
pengguna boleh mempengaruhi jenis barangbarang
yang dijual di pasaran (Schoenfeld dan
Natella, 1970). Tingkah laku pengguna dapat
dilihat melalui cara seseorang membelanjakan
wangnya. Setiap pengguna seharusnya mengetahui
cara-cara untuk membelanjakan wang
dengan betul supaya perbelanjaan tidak melebihi
pendapatan. Ada tiga pendapat mengenai
sebab-sebab pengguna membeli sesuatu barang.
Pendapat yang pertama mengatakan pengguna
membeli sesuatu barang kerana dirangsang oleh
keperluan, kehendak dan keinginan biologi dan
psikologi (Haward, 1973). Engel, Koliat dan
Blackwell, (1973) pulu mengatakan pengguna
membeli sesuatu barang untuk menyelesaikan
masalah dan Hansen (1972) pula berpendapat
seorang pengguna membeli untuk mendapatkan
barang bagi menolong mengurangkan konflik
yang dialaminya.]

Faktorjaktor yang Mempengaruhz" Tz"ngkah
Laku Pengguna

Perlakuan seorang pengguna dipengaruhi
oleh faktor-faktor sosioekonomi. lni termasuklah
pendapatan, pelajaran dan tempat tinggal
individu. Wang merupakan suatu sumber yang
penting untuk mengukur nilai sesuatu barang.... Untuk baca selanjutnya KLIK DISINI

Sistem ekonomi di Malaysia

Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.

Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.

Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan.

Isu Ketakseimbangan Sosioekonomi Rakyat Dalam Sidang Tahunan CPPCC

Masalah jurang pendapatan yang semakin besar ada di merata-rata tempat di dunia. Ia juga ada di Malaysia. Mencari keseimbangan sosioekonomi merupakan salah satu teras kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10, jadi sebenarnya misi negara China dan Malaysia untuk lima tahun yang akan datang ini ada persamaan yang besar dari segi ini. Ini yang menarik minat saya.
Sebenarnya, isu pembahagian pendapatan yang tidak adil ini telah dibincangkan dalam Sidang Tahunan CPPCC 5 tahun lalu, tetapi nampaknya matlamat yang ditetapkan pada masa itu masih belum tercapai lagi.
Pembangkitan semula isu ini menampakkan bahawa CPPCC tidak lupa akan janjinya untuk terus berusaha untuk membela nasib golongan berpendapatan rendah. Ini memang patut dikagumi memandangkan masalah ketakseimbangan sebenarnya semakin hari semakin serius.
 
Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin.
 
Dapatan Credit Suisse amat mengejutkan. Pendapatan purata golongan yang paling kaya di China 65 kali ganda pendapatan purata golongan paling miskin. 65 kali ganda. Ini jurang yang terlalu besar, lebih-lebih lagi bagi sebuah negara yang rakyatnya seramai 1.3 bilion.
Lebih kurang 50 juta orang di China memperoleh 300 ribu hingga 1 juta yuan RMB setahun, manakala 5 juta orang pula memperoleh lebih dari 1 juta yuan RMB setahun. Golongan kaya ini merupakan 5 peratus daripada jumlah penduduk China, dan mereka ini kaya hasil pelaburan hartanah atau aset-aset lain.
Pada masa yang sama, ada pula yang hanya memperoleh 5 ribu yuan setahun. Ada yang tidak tidur malam memikirkan masalah kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Isu perumahan, kenaikan kadar inflasi serta masalah kelonjakan harga bahan makanan adalah antara isu-isu yang tidak asing bagi rakyat biasa.
Ramai yang mengadu mereka terpaksa mengikat perut akibat kenaikan harga barang-barang tanpa kawalan dan terpaksa mengubah gaya hidup mereka demi menjimat wang. Kualiti hidup golongan ini semakin terjejas akibat dibelenggu masalah kewangan. Ibubapa pula sentiasa runsing apabila berhapadan dengan yuran pendidikan atau duit belanja anak.
Golongan ini sudah terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan walau kecil mana sekalipun. Bagi mereka yang mendapati subsidi ini masih tidak mencukupi, ada yang terpaksa mencari kerja sampingan. Ibarat ayam, kais pagi makan pagi. Memandangkan peluang pekerjaan yang halal bukannya sentiasa ada, ada yang terpaksa menjadi perantau atau pekerja migran. Malahan ada pula terpaksa mencari pandapatan haram. Ini antara kesan masalah ketakseimbangan ini.
Kesannya juga dapat dilihat dari segi keselamatan sosial, di mana golongan berpendapatan rendah ini tidak diberi perlindungan secukupnya. Aspek-aspek seperti perkhidmatan penjagaan kesihatan yang asas, pembiayaan dan insurans pengangguran tidak selalunya dihulur kepada golongan ini. Kebanyakan pekerja migran tidak diberi perlindungan insurans oleh majikan.
Golongan berpendapatan rendah di China kelihatannya sudah dipencilkan. Sedihnya, keadaan yang sama juga dapat dilihat di Malaysia. Rintihan rakyat China yang miskin mirip rintihan rakyat Malaysia yang miskin. Diharap kerajaan kedua-dua negara akan lebih agresif dalam usaha untuk membela nasib golongan berpendapatan rendah ini dalam tempoh rancangan lima tahun yang akan datang.
Kurang ertinya meningkatkan GDP negara sekiranya pendapatan rakyat tidak turut meningkat. Kurang ertinya mengembangkan ekonomi negara secara global sekiranya terlalu ramai rakyat yang masih belum bebas daripada belenggu kemiskinan.
 
Mengorak Langkah Ke Arah Dunia Yang Lebih Adil.
 
Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan China untuk menangani masalah ketakseimbangan ini adalah dengan menaikkan gaji golongan berpendapatan rendah dan elaun sara hidup, menghadkan pendapatan golongan yang berpendapatan tinggi serta membasmi pendapatan haram.
Ini bukan perkara kecil dan kerajaan China perlu lebih agresif jika benar-benar mahu menyelesaikan masalah ketakseimbangan ini dengan muktamad. Kita tidak mahu isu ini berlarutan, dan kita tidak mahu isu yang sama ini berbangkit sekali lagi selepas tempoh lima tahun. Sudah cukuplah setakat ini.
Sekiranya kerajaan China berusaha bersungguh-sungguh dan langkah-langkah tersebut berjaya mengembalikan keseimbangan sosioekonomi di China, berjaya merapatkan semula jurang antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah, ini sesuatu yang patut dicontohi oleh negara-negara lain seperti Malaysia.
Kata-kata Jia Qinglin, pengerusi CPPCC, amat menarik. "Hasrat rakyat merupakan motif usaha CPPCC."
Hanya kerajaan yang mendengar hasrat rakyatnya layak digelar "kerajaan berjiwa rakyat", dan kerajaan beginilah yang akan disayangi rakyat.

Isu ini di ambil dari : http://malay.cri.cn/781/2011/03/05/181s118541.htm